Tuesday, November 17, 2009

Plan Pemasaran GDI

PELAN PEMASARAN GDI

GDI telah merangka Pelan Pemasaran yang ringkas & lumayan. Kesemua bonus ini boleh dicapai oleh sesiapa sahaja. Dan mereka yang lebih rajin akan mendapat bonus-bonus tambahan mengikut pencapaian tertentu.


1) Bonus Unilevel (5 Level – 50%)

Setiap jualan yang anda taja, anda akan mendapat komisyen 10% iaitu USD1 @ RM3.50. Bukan setakat itu sahaja, GDI akan membayar anda hingga ke Level 5 dengan jumlah komisyen 50%.

Ini bermakna anda akan dibayar USD1 untuk setiap orang yang berada dalam Group Sales anda iaitu hingga Level ke 5. Lihat contoh jika setiap orang menaja 5 orang;

Contoh Pengiraan

Level 1 – 5 Affiliate x USD1 = USD5
Level 2 – 25 Affiliate x USD1 = USD25
Level 3 – 125 Affiliate x USD1 = USD125
Level 4 – 625 Affiliate x USD1 = USD625
Level 5 – 3,125 Affiliate x USD1 = USD3,125
TOTAL = USD 3,905 @ RM13,667.50

Paling menarik, anda akan terus dibayar komisyen USD1 ini pada setiap bulan selagi kesemua mereka membuat Maintenance Bulanan sebanyak USD10 untuk Pakej Produk mereka.

Contoh Bonus Unilevel


2) Bonus Referral Mingguan – USD100
Bonus Referral dikira dalam tempoh Isnin – Ahad. Anda akan mendapat komisyen tambahan USD100* sekiranya berjaya menaja 5 orang dalam masa seminggu

*Nota :

1) Anda perlu membuat pembelian 10 DVD presentation GDI yang berharga USD30 melalui akaun GDI anda dalam minggu tersebut.

2) Anda juga perlu menulis testimoni tentang Bisnes Global GDI.

3) Bonus Referral akan dibayar melalui Paypal. Jika tiada, sila daftar di www.paypal.com/us4) Oleh kerana kita menetap di Malaysia, GDI mengenakan cas penghantaran USD100. Untuk memastikan anda tidak rugi, taja sekurang-kurangnya 10 orang dahulu, baru anda beli DVD tersebut.

Contoh Bonus Referral

3) Bonus Heavy Hitter – USD5,000

Jika anda menaja 1,000 affiliate dalam masa 4 minggu berturut-turut, anda akan mendapat bonus tambahan sebanyak USD5,000.

4) Bonus Infinity Override (Level 6 –Infiniti)

Anda boleh mendapat Bonus Unilevel (10%) Level 6 sehingga Level Infiniti sekiranya anda berjaya mencapai sasaran berikut pada setiap bulan:

a) Menaja 10 orang affiliate di Level 1

b) 10 affiliate anda menaja 10 affiliate setiap seorang
c) Jumlah affiliate dalam Level 1 – Level 5 = 5,000 orang

SELAMAT MAJU JAYA UNTUK SEMUA
DAFTAR PERCUMA, KLIK DISINI

Apakah Bisnes GDI


Apakah Bisnes GDI?

Global Domains International (GDI) adalah syarikat yang menjalankan urusniaga internet menjual nama domain dotWS (.ws). Ternyata ini barulah perniagaan internet sejati kerana urusniaga & produk sememangnya berkaitan dengan internet, malahan nama domain adalah asas kepada internet.
Pakej Produk GDI

GDI hanya memperkenalkan satu pakej unggul yang mampu dimiliki oleh semua orang. Dengan hanya serendah USD10 @ RM35 sebulan, anda akan memiliki pakej yang lengkap dan hebat. Pakej ini merangkumi nama domain, tapak laman web (webhosting), template membina laman web dan akaun email anda sendiri. Dengan menjadi ahli GDI, anda sudah mempunyai peralatan asas untuk membina laman web yang profesional.


3. Email Peribadi

Anda juga diberikan 10 email yang boleh digunakan untuk kegunaan peribadi. Anda juga boleh forwardkan email ini kepada email sedia ada anda.

4. Web Hosting

Anda bebas untuk menyimpan data-data untuk dimasukkan ke dalam web anda tanpa perlu berkongsi. GDI juga menyediakan service after sales yang sangat baik untuk kemudahan anda.

5. Independent Affiliate

Sebagai pengguna dotWS, anda secara automatik layak menjadi Independent Affiliate untuk mempromosikan domain dotWS dan menjana pendapatan yang sangat lumayan. Anda bakal mendapat 2 laman web replika yang boleh digunakan untuk mempromosikan Affiliate GDI anda.

CAPAI KEBEBASAN KEWANGAN ANDA DENGAN BISNES GDI
DAFTAR PERCUMA,
KLIK DISINI

Sunday, November 8, 2009

Impian bekerja dari rumah

Salam hormat,

"Saya nak jadi bos sendiri"

"Saya nak kerja dari rumah"

"Saya nak luangkan banyak masa dengan keluarga"

"Saya tak suka sangat kerja saya sekarang"

"Majikan saya tak berhati perut langsung"

Ini merupakan banyak sebab kenapa ramai yang cari peluang untuk kerja dari rumah. Ada yang masuk jualan langsung. Ada yang jual insurans. Ada yang jadi ajen 'unit trust'. Dan sebagainya.Semuanya tak salah. Asalkan anda berusaha untuk kebaikan diri dan keluarga anda.

Tetapi, benarkah perkara yang anda lakukan tersebut
adalah "bekerja dari rumah"? Benarkah ini dapat meluangkan banyak masa bersama keluarga anda. Jika anda masih keluar dari rumah mencari pelanggan,saya rasa ianya masih lagi bukan kerja dari rumah.

Itulah sebabnya saya katakan perniagaan internet adalah konsep "kerja dari rumah" yang ideal. Anda boleh kerja depan komputer di rumah, 2-3 jamsehari untuk pendapatan yang menyamai gaji seorang CEO. Tetapi ianya memerlukan anda mengikuti programdan sistem yang terbukti bekesan.

Saya ada program dan sistem tersebut untuk anda.Program GDI dan "Sistem Pemasaran AutoViral".Jika anda ingin bekerja dari rumah secara parttime dan jana pendapatan setaraf CEO dalam masa 3 hingga 4 tahun dari sekarang (atau lebih awal), ikuti arahan yang saya berikan di dalam web ini:

http://perniagaaninternet.ws/r/muhamadd

www.perniagaaninternet.ws/r/muhamadd

Saya akan beritahu anda maklumat yang lebih lanjut lagi apabila anda penuhi kedua-dua langkah yang saya berikan kepada anda di dalam web tersebut.

ikhlas,
Muhamad Daud
b/p Zamri Nanyan

Tiada Salahnya Kerja “9-To-5″ Atau “Lebih Sikit Daripada Pokai”

Tiada Salahnya Kerja “9-To-5″ Atau “Lebih Sikit Daripada Pokai”
oleh Zamri Nanyan

Apabila saya nampak usahawan internet yang melakukan bisnes internet mereka secara sepenuh masa mempersendakan orang yang masih bekerja, saya rasa amat marah sekali.

Komen seperti J-O-B (Kerja) diumpamakan seperti “Just Over Broke” (Lebih Sikit Daripada Pokai) atau “Rat Race” (Larian Tikus Dalam Gelung yang tak pernah selesai) membuatkan saya tersinggung.

Semasa saya bekerja dahulu dan juga membina bisnes internet pada masa yang sama, saya telahpun didedahkan dengan ayat-ayat seperti ini untuk mempengaruhi saya untuk berhenti bekerja dengan orang lain.
Pada saya, bukan semua kerja dengan orang itu sesuatu yang buruk.

Sebagai contoh, guru, doktor, posmen, pemandu bas, penebar roti canai, penoreh getah dan sebagainya mempunyai peranan mereka sendiri. Kalau tiada mereka yang masih mempunyai “Just Over Broke”, anda mungkin tidak dapat menikmati roti canai yang sedap. Anda mungkin akan mati kerana tidak diberikan ubat yang dapat menyembuhkan penyakit anda. Kereta mewah yang anda pandu mungkin tidak akan gunakan tayar getah yang berkualiti. Anak anda mungkin tidak akan menjadi insan yang handal pada suatu masa nanti disebabkan tiada guru yang berminat untuk mengajar.

Anda boleh lihat di sini bahawa inilah pengorbanan mereka kepada sosial. Inilah kontribusi mereka kepada perkembangan ekonomi. Inilah juga sumber pendapatan internet anda sekiranya produk yang anda jual dibeli oleh mereka.

Sesetengah orang memang tidak mempunyai kemahiran untuk menjadi usahawan dan tidak pun berminat untuk menjadi usahawan. Disebabkan faktor tertentu, mungkin mereka lebih sesuai untuk menjadi pekerja seumur hidup mereka.

Tugas saya dan anda sebagai usahawan internet ialah memberikan peluang bahawa dengan mempunyai pekerjaan tetap, mereka masih lagi mampu membina saluran pendapatan tambahan selain daripada gaji bulanan. Memang pendapatan di internet boleh dijana secara separuh masa. Saya katakannya begitu kerana saya juga pernah membina bisnes internet semasa masih mempunyai pekerjaan tetap selama 7 tahun. Walaubagaimanapun, sekiranya mereka tidak nampak peluang yang disediakan di hadapan mereka, tiada apa yang boleh dilakukan lagi selain daripada berharap yang suatu hari nanti minda mereka akan terbuka.

Jika anda masih lagi mempunyai pekerjaan, mempunyai cita-cita untuk membina bisnes secara sepenuh masa sekarang, jangan tunggu lama-lama. Mulakan langkah anda dan bina bisnes anda secara separuh masa.
Kelebihan membina bisnes internet atau bisnes konvensional semasa anda mempunyai pekerjaan ialah anda mempunyai peluang untuk membina “keuntungan” di samping mempunyai “gaji” tetap. Gaji anda boleh menampung segala keperluan pembinaan bisnes anda tanpa anda perlu berasa risau untuk mendapatkan modal pusingan dari bisnes anda sendiri. Tidakkah ini sesuatu kelebihan yang anda perolehi berbanding mereka yang terus terjun ke bidang perniagaan tanpa mempunyai plan jangka masa panjang?

Simpan modal bulanan untuk anda membina bisnes anda setiap kali anda dapat gaji. Jika 10% gaji anda adalah sesuatu yang anda mampu, anggaplah 10% pelaburan tersebut akan digunakan untuk anda belajar membina bisnes, membeli peralatan bisnes dan seterusnya memperkembangkan bisnes anda. Bila keuntungan anda bertambah, anda akan terkejut yang suatu hari nanti, anda sudah tidak perlukan lagi modal simpanan 10% gaji anda tersebut kerana keuntungan anda sudahpun melebihi 100% gaji yang anda perolehi.

Jadi, jangan berasa kecewa jika anda tidak dapat membina bisnes internet sepenuh masa lagi. Sebaliknya, bersyukur kerana pekerjaan anda mampu memberi anda peluang untuk berjinak-jinak dengan bisnes kegemaran anda.

Mengenai Penulis

Zamri Nanyan mula berkecimpung di dalam
Perniagaan Internet sejak tahun 2003. Internet juga memberikan Zamri kebebasan untuk meluahkan fikiran beliau, menambah ramai kenalan dari serata dunia dan menjana pendapatan pada masa yang sama. Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai orang membongkar rahsia menjana pendapatan melalui Internet. Lawati laman web beliau di http://PerniagaanInternet.ws/r/muhamadd untuk mengenali Zamri Nanyan dengan lebih dekat.

===============================================
*nota:

Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan mengenai Zamri Nanyan di atas tidak dibuang.
================================================

Apakah Maksud K-S-P Di Dalam Perniagaan Internet Anda?

Apakah Maksud K-S-P Di Dalam Perniagaan Internet Anda?
oleh Zamri Nanyan

Kebanyakan daripada usahawan yang baru menceburi bisnes internet ini mempunyai masalah untuk menghasilkan jualan.
Apabila laman web dibina dan promosi dilakukan, tiada jualan dapat dihasilkan walaupun anda tahu bahawa produk yang anda promosikan adalah hebat dan diperlukan oleh orang ramai.

Ini terbukti kerana kadang-kadang anda juga mempromosikan produk yang sama dengan orang lain tetapi mereka mendapat komisyen jualan yang tinggi. Anda sebaliknya tidak mendapat apa-apa.
Jika anda hendak tahu apakah rahsia di sebalik penghasilan jualan yang tinggi di internet, inilah beberapa kunci utamanya.

K-S-P

Saya terangkan kepada anda singkatan K-S-P yang saya maksudkan.
K = Kenal
S = Suka
P = Percaya

Saya pasti sekiranya anda dapat menguasai ketiga-tiga kunci ini, anda mampu menukarkan jualan sifar anda kepada jualan mega.
Baiklah, mari kita lihat apakah yang dimaksudkan oleh ketiga-tiga kunci ini.

* Kenal
Pada mula anda mempromosikan sebarang produk atau servis, prospek yang melawati laman web anda akan mula bertanya kepada diri mereka sendiri. “Siapa yang menjual produk ini? Saya tak kenal pun beliau.”
Pada tahap ini, mereka akan mula mencari-cari jawapan kepada soalan “siapakah anda” untuk mengenali anda terlebih dahulu. Perkara ini penting kerana di internet, terlalu banyak penipuan dilakukan sehingga ada yang rugi ribuan ringgit.

Cara mudah untuk orang mengenali anda di internet ialah dengan mempunyai laman web profesional sendiri dan memperkenalkan diri anda seperti siapa nama anda, apakah bisnes yang anda jalankan dan jika anda ada gambar pejabat dan gambar anda sendiri, tidak salah untuk anda letakkannya di internet supaya prospek anda dapat membayangkan rupa anda dan juga bisnes yang anda jalankan.

Di atas sebab ini jugalah anda perlu mempunyai laman web profesional anda, dengan nama domain anda sendiri, dan bukannya laman web percuma daripada geocities.com atau tripod.com.
Mendapatkan sebuah nama domain dan laman web yang profesional adalah murah dan sangat mudah, sehingga saya sendiri pun tidak faham kenapa masih ramai lagi “usahawan” internet yang tidak mahu mendapatkannya (tetapi pada masa yang sama mereka mahu tampil profesional).

Dengan modal USD$10 (atau lebih kurang RM35), anda sudahpun boleh mendapatkan nama domain anda sendiri dan web-host untuk menempatkan laman web anda, dan seterusnya bina laman web profesional anda semestinya.

Ini laman web USD$10 yang saya maksudkan:
http://www.website.ws/muhamadd
Daftar dengan nama domain yang mempunyai nama anda sendiri seperti www.NamaAnda.ws pun sudah memadai untuk memulakan langkah prospek mengenali anda.

* Suka
Perkara seterusnya ialah cari cara bagaimana prospek anda boleh suka dengan anda dan juga perniagaan anda.
Dari sinilah pentingnya anda pandai membawa diri anda di internet. Sebagai contoh, anda boleh menyertai forum perbincangan online dan beramah mesra dengan ahli forum yang lain. Jangan sekali-kali bermusuhan dengan orang lain di internet semata-mata pandangan anda berbeza daripada pandangan mereka.

Komunikasi yang baik melalui email atau laman sosial yang lain (seperti Facebook, Friendster dan sebagainya) juga menambah markah yang baik untuk meningkatkan tahap orang menyukai anda.
Salah satu lagi cara mudah yang anda boleh lakukan ialah dengan menggunakan perisian yang dipanggil autoresponder untuk mendapatkan senarai nama dan email rakan-rakan internet anda.
Autoresponder ialah perisian email di mana anda boleh simpan nama dan email pelawat yang mengisi borang langganan di laman web anda ke dalam pangkalan data (database) yang disimpan di webserver.

Seterusnya, anda boleh gunakan autoresponder untuk menghantar kepada semua email ini sekali gus sama ada pada masa yang anda tetapkan ataupun pada masa sekarang.

Anda tak perlu tahu terlalu mendalam bagaimana untuk memasang perisian ini kerana cara yang paling mudah untuk anda mendapatkan autoresponder ialah dengan melanggan servis seperti yang ditawarkan oleh Aweber atau GetResponse.

Gunakan autoresponder untuk mengumpul senarai email rakan-rakan internet anda. Pada masa yang sama, selalulah berhubung dengan mereka melalui email dengan memberikan tip-tip mengenai produk atau bisnes anda ataupun sekadar untuk memberitahu perkembangan terbaru mengenai apa yang anda lakukan pada masa sekarang.

Dalam ertikata lain, anda mahu rakan-rakan internet anda ini kenal dan suka kepada anda.

Dan apabila orang sudah mengenali anda dan menyukai anda, barulah mereka akan sampai ke tahap seterusnya.

* Percaya

Di tahap inilah anda akan mula nampak hasil daripada usaha anda sebelum ini. Apabila anda menjual produk atau servis kepada “rakan-rakan” internet anda, ianya mudah untuk mereka membuat pembelian melalui anda.

Mereka sudahpun “Kenal, Suka dan Percaya” dengan apa yang anda tawarkan.

Bayangkan jika anda mempunyai 10,000 rakan di internet dan 2% daripada mereka membeli produk berharga RM50 yang anda tawarkan, ianya sudahpun memberi pulangan sebanyak RM10,000.

Ah, jangan kata ianya sesuatu yang mustahil kerana ianya telah pun dibuktikan keberkesanannya. Sebaliknya, anda halusi dahulu sebab kenapa anda tidak dapat hasil jualan yang memberansangkan.

Mungkin ianya disebabkan kekurangan K-S-P.

Walaubagaimanapun, anda boleh lihat di sini bahawa proses K-S-P yang saya maksudkan di sini mungkin akan mengambil masa yang lama untuk anda capai. Jadi, inilah juga satu lagi rahsia jualan yang tersembunyi.
Anda perlu lakukan proses K-S-P ini secara konsisten dan persisten. Semakin lama anda berasa di dalam proses K-S-P ini, semakin kukuh anda membina tapak K-S-P anda.

Di sini juga saya seru kepada anda yang ingin membina bisnes internet supaya tidak cuma “hangat-hangat tahi ayam”. Lakukannya secara berterusan walaupun hasilnya sekarang tidak seberapa. 5 atau 7 tahun akan datang, anda pasti akan terkejut dengan hasilnya dan saya berbesar hati untuk katakan “sama-sama” di atas ucapan “terima kasih” anda kerana artikel ini telah membuka minda anda tentang rahsia kejayaan jualan di internet.

Mengenai Penulis

Zamri Nanyan mula berkecimpung di dalam
Perniagaan Internet sejak tahun 2003. Internet juga memberikan Zamri kebebasan untuk meluahkan fikiran beliau, menambah ramai kenalan dari serata dunia dan menjana pendapatan pada masa yang sama. Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai orang membongkar rahsia menjana pendapatan melalui Internet. Lawati laman web beliau di http://PerniagaanInternet.ws/r/muhamadd untuk mengenali Zamri Nanyan dengan lebih dekat.

===============================================
*nota:

Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan mengenai Zamri Nanyan di atas tidak dibuang. ================================================

Erti Kebebasan Dan Disiplin Dalam Perniagaan Internet

Erti Kebebasan Dan Disiplin Dalam Perniagaan Internet
oleh Zamri Nanyan

3 Ogos 2009 merupakan hari terakhir saya bekerja di dalam sebuah syarikat swasta di Pulau Pinang. Pendapatan 6 angka setahun di dalam syarikat tersebut saya tinggalkan untuk melakukan sesuatu yang saya ingin kecapi di dalam hidup ini. Tarikh tersebut juga menamatkan servis saya selama 12 tahun lebih di dalam syarikat “Research & Development” tersebut.

Mengambil keputusan untuk berhenti kerja bukannya mudah.
Saya bukannya seorang bujang. Dengan tanggungjawab sebagai seorang suami dan bapa kepada 2 orang anak yang masih di bangku sekolah dan seorang lagi tak sampai 2 tahun umurnya, saya pasti ada rintangannya.
Walaubagaimanapun, saya sudah buat keputusan nekad saya sendiri.

Saya inginkan sebuah perniagaan internet yang akan memberikan saya kepuasan dan kebebasan untuk melakukan apa yang saya kehendaki.
Saya mahukan masa saya banyak dihabiskan bersama-sama dengan keluarga dan melihat sendiri anak saya membesar di depan mata.

Namun, di sinilah datangnya cabaran dan disiplin.Disebabkan anak-anak saya yang masih lagi kecil, mereka memerlukan perhatian yang rapi. Si Imran bukanlah macam kakak dan abangnya. Beliau aktif sehingga boleh menaikkan rasa marah. Apa yang dilarang, itu yang dia nak.

Tapi itulah yang dinamakan kanak-kanak. Kena banyak bersabar.Dan sebabnya yang ingin saya nyatakan di sini ialah, walaupun saya sekarang bebas untuk melakukan perkara yang saya suka, saya masih lagi melakukannya pada masa rutin harian yang saya lakukan sebelum berhenti kerja - iaitu menjalankan majoriti daripada perniagaan internet saya pada waktu malam apabila si anak kecil sudah masuk tidur (mungkin pada masa akan datang, ianya akan berubah)
Jadi, adakah ini dikatakan menjalankan perniagaan internet sepenuh masa?

Atau menjalankan perniagaan internet separuh masa itu sebenarnya
telahpun menjalankan perniagaan internet sepenuh masa?

Tak tahulah apa jawapan anda.

Tetapi, definisi saya ialah jika anda tetapkan bahawa anda akan lakukan perniagaan internet anda 3 atau 4 jam sehari dan lakukannya secara konsisten, anda sebenarnya telahpun menjalankan perniagaan internet anda secara sepenuh masa, tak kira anda masih bekerja dengan orang lain ataupun tidak.

Dan jika anda berhenti kerja dengan orang lain, dan masih menjalankan perniagaan internet anda 3 atau 4 jam sehari, tidakkah ianya juga bermaksud perkara yang sama.

Itulah sebabnya juga terlalu ramai yang beranggapan saya telahpun menjalankan perniagaan internet sepenuh masa sejak bertahun lamanya, bila saya masih lagi bekerja di syarikat swasta. Sebabnya ialah saya konsisten dengan usaha saya.

Memang saya tidak pernah nyatakan bahawa saya melakukan perniagaan internet secara separuh masa sebelum ini, kerana bagi pendapat saya, jika saya nyatakan sebegitu, ianya cuma akan memberi impresi kepada diri saya bahawa saya melakukan perniagaan internet ini separuh hati sahaja.

Dan itulah juga salah satu sebabnya kenapa rakan sekerja saya sebelum ini pernah berkata bahawa saya menjalankan perniagaan internet secara sepenuh masa, dan bekerja separuh masa - kerana pendapatan yang saya perolehi ada kalanya melebihi beberapa bulan gaji saya di syarikat tersebut.

Jadi, secara ringkasnya di sini, jika anda juga ingin membina perniagaan internet anda untuk menjadikannya sebagai sumber pendapatan utama anda nanti, lakukannya sepenuh hati, konsisten dengan apa yang anda usahakan dan tanamkan kepercayaan yang suatu hari nanti, anda juga dapat membina perniagaan internet dengan masa dan tempat yang anda tetapkan sendiri.

Mengenai Penulis

Zamri Nanyan mula berkecimpung di dalam
Perniagaan Internet sejak tahun 2003. Internet juga memberikan Zamri kebebasan untuk meluahkan fikiran beliau, menambah ramai kenalan dari serata dunia dan menjana pendapatan pada masa yang sama. Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai orang membongkar rahsia menjana pendapatan melalui Internet. Lawati laman web beliau di http://PerniagaanInternet.ws/r/muhamadd untuk mengenali Zamri Nanyan dengan lebih dekat.

===============================================*
nota:

Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan mengenai Zamri Nanyan di atas tidak dibuang. ================================================